Oleh: Muhammad Yazid Othman
Pengenalan
Nabi Muhammad S.A.W. merupakan
pembawa Rahmat kepada sekalian alam yang telah Allah anugerahkan kepada kita
semua seperti mana yang telah dinyatakan di dalam al-Quran:
Dan tiadalah
Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi
sekelian alam.
Sebagai utusan Allah, Nabi
Muhammad S.A.W. membawa bersamanya al-Quran sebagai panduan kepada umat manusia
dan jin seperti mana yang dinyatakan di dalam al-Quran:
Maksudnya: Demi sesungguhnya,
adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari
akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa
susah dan senang).
Walaupun wahyu yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad S.A.W. merupakan panduan atau pun sumber utama hukum Islam namun
ia bukanlah satu-satunya sumber hukum atau sumber panduan kepada umat Islam.
Apa yang terdapat di dalam al-Quran diperjelaskan lagi melalui apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sama ada dari perkataan, perbuatan, pengakuan atau ketetapan dan sifat-sifatnya[1] dan ianya dipanggil hadis atau di panggil al-Sunnah.
Hujjah yang mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. adalah sebagai panduan untuk umat Islam adalah berdasarkan hadis:
عَلَيْكُـمْ بسُنَّتِـي وَسُنَّةِ الْخُلَفَـاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيـِّـيـنَ
عـَضُّـوا عَـلَيْـهَـا بِالـنَّـوَاجِذِ
Maksudnya: Wajib ke
atas kamu mengikut al-Sunnah ku dan juga al-Sunnah Khulafa’ Rasyidin selepas
ku. Hendaklah kamu gigitnya dengan gigi geraham kamu. (hadis riwayat Imam
Abu Daud, Sunan Abu Daud Halaman 281, Jilid 4, Beirut: Dar al-Fikr)[2].
Jenis-Jenis Hadis
Sebelum membicarakan mengenai
hadis dhaif ada baiknya kita melihat jenis-jenis hadis secara umum. Di dalam pengkategorian
hadis terdapat 5 kategori hadis iaitu hadis Sahih, hadis Hasan, hadis Dhaif dan
juga hadis Maudu’.
Hadis Sahih
Hadis Sahih adalah hadis yang telah
melalui atau menepati syarat-syarat hadis Sahih yang telah digubal oleh para
ulama hadis. Syarat-syarat hadis Sahih ialah:
1. Hadis yang diriwayatkan bersambung
sanadnya dari seorang perawi hingga kepada perawi yang sebelumnya dan begitulah
seterusnya sehingga sampai kepada Rasulullah S.A.W.
2. Perawi-perawi
hadis tersebut hendaklah seorang yang adil[3].
3. Perawi-perawi hadis tersebut
juga hendaklah terdiri daripada perawi-perawi yang sempurna kedhabitannya.
4. Tiada syaz (keraguan /
keganjilan) pada hadis tersebut.
5. Tiada Illat atau pun
kecacatan pada hadis itu.
Hadis Hasan
Hadis Hasan pula adalah hadis
yang rendah sedikit tarafnya / martabatnya daripada hadis Sahih. Di mana hadis
Hasan tidak memenuhi salah satu daripada syarat-syarat hadis Sahih iaitu di
dalam sanad hadis tersebut terdapat perawi hadis yang kurang dhabit (kurang
ingatannya).
Hadis Dhaif
Hadis Dhaif ialah hadis yang
tidak memenuhi syarat-syarat hadis Sahih dan juga hadis Hasan. Hadis inilah
yang akan diperbincangkan di dalam penulisan ini.
Hadis Maudu’
Hadis Maudu’ ialah hadis
merupakan hadis palsu yang direka oleh sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan
atau agenda yang tersendiri. Hadis pada taraf Maudu’ adalah tertolak dan
langsung tidak boleh digunakan sebagai hujjah dan untuk apa tujuan sekali pun
kecuali untuk menerangkan kedudukan dan status hadis tersebut agar orang ramai
tahu bahawa hadis itu adalah hadis palsu dan dengan itu dapat menjauhkan diri
daripada terlibat di dalam penyebaran atau pun beramal dengan hadis tersebut. Ini
kerana hadis palsu adalah satu pembohongan terhadap Rasulullah S.A.W. dan
membuat pembohongan terhadap Rasulullah S.A.W. adalah satu perbuatan yang haram
dan berdosa besar. Hadis Rasulullah S.A.W. :
من كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
Maksudnya: Sesiapa yang
mendustai ku dengan sengaja maka bersedialah tempatnya di neraka
Hadis riwayat
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim
Punca Sesebuah
Hadis Menjadi Taraf Hadis Dhaif
Hadis Dhaif seperti yang telah
diterangkan sebelum ini adalah merupakan hadis yang lemah disebabkan tidak
menepati salah satu atau lebih syarat-syarat yang terdapat pada hadis Sahih
atau hadis Hasan. Antara yang
menyebabkan berlakunya hadis tersebut tidak memenuhi syarat hadis Sahih atau
hadis Hasan ialah kerana:
1. Terputusnya sanad hadis
2. Terdapat di antara perawi
hadis tersebut tidak adil[4]
3. Terdapat juga di antara perawi
hadis tersebut yang lemah ingatannya
4. Timbulnya atau wujudnya syaz
(keraguan, keganjilan) pada hadis tersebut
5. Terdapat Illat
(kecacatan) pada hadis tersebut
Hukum Beramal
Dengan Hadis Dhaif
Di dalam menyatakan mengenai
hukum beramal dengan hadis Dhaif, para ulama hadis telah berselisih pandangan
mengenainya namun begitu jumhur ulama telah mengharuskan menggunakan hadis
Dhaif bagi tujuan Fadhail al-Amal (kelebihan beramal). Menggunakan hadis Dhaif bagi tujuan Fadhail
Amal adalah dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti yang telah
dinyatakan oleh al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar[5]
iaitu:
1. Hadis tersebut hendaklah tidak
terlalu Dhaif
2.Sesuatu hadis itu menggambarkan
sesuatu amalan yang bersandarkan kepada hadis Sahih atau hadis Hasan yang lain
iaitu ia mempunyai asal dalam hadis Sahih atau hadis Hasan yang lain
3. Tidak berikhtikad ketika
beramal dengannya bahawa hadis tersebut sabit daripada Rasulullah S.A.W.
Kitab Yang
Menghimpunkan Hadis Dhaif
Para ulama hadis telah menghimpunkan
hadis-hadis Dhaif di dalam kitab-kitab penulisan mereka. Antara kitab-kitab
yang mahsyur yang menghimpunkan hadis Dhaif ialah:
1. Mizan al-Iktidal
karangan Imam al-Dhahabi
2. al-Marasil karangan
Imam Abu Daud
3. al-Ilal karangan Imam
al-Daraqutni
Penutup
Para ulama hadis pada zaman lalu
telah berusaha secara bersungguh-sungguh di dalam menjaga keautoritian khhazanah
hadis agar terpelihara daripada dicemari unsur-unsur yang boleh merosakkan keautoritian
hadis. Ini kerana hadis akan dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. Terjejasnya
autoriti hadis akan menyebabkan timbulnya pertikaian terhadap diri Rasulullah
S.A.W. apatah lagi musuh-musuh Islam sentiasa mencari ruang untuk
memburuk-burukan Rasulullah S.A.W. dan juga ajaran Islam yang dibawa oleh
Baginda S.A.W.
Dengan terjaganya maqam
hadis maka akan turut menjaga reputasi Rasulullah S.A.W. dan dengannya akan menyebabkan
tertutupnya pintu-pintu bagi musuh-musuh
Islam untuk memburuk-burukan Baginda S.A.W. seterusnya menyelamatkan umat Islam
menjadi ragu-ragu terhadap ajaran Islam.
Pembahagian darjat hadis-hadis
yang dilakukan oleh para ulama hadis adalah demi menjaga keautoritian hadis.
Rujukan
Mohd. Muhiden Abd. Rahman. 2010. Ulum al-Hadith Lengkap dengan Takhrij al-Hadith dan Pengajian Sanad
Hadith . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Manna’ Khalil al-Qathan. 2006. Cara Mudah Memahami Ilmu-Ilmu Hadith.
(terj). Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.
Prof. Dr. Haji AbdulMalik AbdulKarim Amrullah (HAMKA). Tafsir Al-Azhar.
Penerbit Pustaka Panjimas, Jakarta.
[1]
Mohd. Muhiden Abd. Rahman. Ulum al-Hadith Lengkap dengan
Takhrij al-Hadith dan Pengajian Sanad Hadith
[2] Mohd. Muhiden Abd. Rahman. 2010. Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Halaman 15
[3] Syarat-syarat adil ialah, perawi tersebut hendaklah seorang Islam, baligh, berakal dan tidak fasiq serta tidak tercemar maruahnya (lihat halaman 134 cara-cara memahami ilmu-ilmu hadis, Manna Khalil al-Qathan)
[4][4] Maksud adil adil ialah, perawi tersebut
hendaklah seorang Islam, baligh, berakal dan tidak fasiq serta tidak tercemar maruahnya
[5][5] Ulum Hadis halaman 77
Salam, SMTI. satu tulisan yang baik dan membantu.
BalasPadamSaya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI
PadamSaya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI
Waalaikumussalam, ya terima kasih
BalasPadamhttps://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk
PadamWeb: almawaddah.info
Salam
Kepada:
Redaksi, rektor dan para akademik
Per: Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim mengenai sahabat yang disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara.
Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan