Rabu, 14 Oktober 2009

Satu Kelahiran

Dari sesuatu yang tiada kemudian menjadi ada, adalah satu proses yang biasanya kita panggil 'KELAHIRAN'. Satu-satu kelahiran tidak kira apa jua sama ada makhluk hidup atau makhluk mati biasanya disambut dengan penuh perhatian dan penuh minat oleh makhluk-makhluk hidup. Kelahiran sesuatu makhluk hidup atau makhluk mati itu akan diteliti dengan pemerhatian yang agak mendalam dan serius dan ianya akan diakhiri dengan satu kesimpulan oleh para pemerhati yang biasanya dizahirkan melalui percakapan sesama mereka atau pun percakapan melalui dalaman iaitu percakapan melalui hati.

Tentu ada yang tidak faham apakah makhluk hidup dan apakah makhluk mati. Makhluk hidup yang dimaksudnkan di sini ialah manusia, jin , haiwan dan lain-lain makhluk bernyawa manakala makhluk mati pula adalah mesin,buku, komputer, internet, blog dan juga apa jua benda yang zahirnya hidup tetapi hakikatnya ia mati dan tidak bernyawa atau lebih mudah ia tidak mempunyai roh.
 
Gambar penulis ketika baru dilahirkan ke dunia ini


Tulisan ini adalah sebagai satu muqadimah atau pengenalan atau alu-aluan kepada pengunjung blog ini sebagai pemakluman bahawa blog ini yang pada asalnya pada satu ketika dahulu tiada tetapi kini telah ada. Iaitu ianya satu 'KELAHIRAN' sebuah lagi blog yang insyallah akan memaparkan tulisan-tulisan pendapat / pandangan, keilmuwan dan juga pemikiran pemilik blog ini.

Semoga sebarang pemikiran pemilik blog ini yang dizahirkan melalui tulisannya dapat dikongsi bersama-sama dengan pengunjung dan pembaca blog ini.

Wassallam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan