Oleh:
Muhammad Yazid Othman
PENGENALAN
Islam merupakan satu sistem kehidupan yang lengkap meliputi semua aspek kehidupan. Tidak ada satu pun yang tertinggal, ia dapat dilihat dimana Islam mengambil berat dari perkara yang sekecil-kecilnya seperti membuang air kecil hinggalah kepada perkara-perkara yang besar seperti bernegara dan termasuklah kehakiman atau قَضَى semuanya terdapat di dalam Islam. Apa yang ingin disentuh pada penulisan ini ialah mengenai al-Qhada’ atau kehakiman.
Sistem kehakiman merupakan sebuah institusi yang penting di dalam sebuah masyarakat dan negara ini bertujuan bagi memberi keadilan kepada yang tertindas atau dizalimi bagi mendapatkan haknya.
DALIL PENSYARIATAN
Terdapat dalil dari al-Quran dan Sunnah yang menyatakan pensyariatan kehakiman ini antaranya iaitu:
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ اللهُ
Dan hendaklah engkau menghukum antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (Surah al-Maidah ayat 49)
وَاِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّا سِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ
Dan apabila kamu menghukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan Adil (Surah an-Nisa’ ayat 58).
Hadis diriwayatkan daripada ‘Amr bin al-‘Ash r.a. katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda:
اِذَا حَكَمَ الْحَا كِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَا نِ وَاِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ
Apabila seorang hakim mengadili lalu dia berijtihad; Sekiranya ijtihadnya betul,dia mendapat dua ganjaran, Sekiranya dia mengadili lalu berijtihad dan ijtihadnya silap, dia mendapat satu ganjaran.
Dari hujah-hujah dan dalil-dalil yang dikemukakan di atas jelas kepada kita bahawa Islam telah mensyariatkan kehakiman di dalam kehidupan kita.
Hakim merupakan orang yang bertanggungjawab di dalam membuat keputusan pengadilan di dalam satu-satu perbicaraan. Namun begitu hakim tidak akan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik tanpa bantuan daripada orang-orang yang turut sama membantunya sewaktu beliau mengendalikan satu-satu kes atau perbicaraan. Antara pembantu-pembantu hakim ialah: penyiasat, pencatat, pengawal dan pegawai sidang.
PENYIASAT
Di dalam Islam hakim adalah disunatkan untuk melantik dua orang penyiasat bagi membantu beliau di dalam menyelidik dan menyiasat latar belakang saksi-saksi yang terlibat di dalam satu-satu kes perbicaraan. Ini kerana agak sukar hakim melakukan secara tugas tersebut secara sendirian.
Syarat-syarat seorang penyiasat yang hendak dilantik ke jawatan tersebut ialah:
a. Memahami ilmu jarah wa ta’dil supaya dia tidak mempertikaikan orang yang adil atau menyokong orang yang fasik.
b. Mengetahui sejarah saksi yang mahu disahkan kelayakannya melalui persahabatan, kejiranan atau berinteraksi dengannya.
c. Beragama Islam, berakal, baligh dan bersifat adil supaya keterangan dan pengesahannya dipercayai.
PENCATAT
Dalam sesebuah perbicaraan hakim perlu memberi perhatian terhadap perbicaraan yang sedang dibicarakan oleh itu agak sukar atau tidak mempunyai masa untuk beliau mencatat mengenai perbicaraan tersebut. Oleh yang demikian hakim disunatkan untuk melantik seorang pencatat bagi membantu beliau mencatat perkara yang sedang dibicarakan itu. Nabi S.A.W. sendiri mempunyai beberapa orang pencatat dan jumlah mereka mungkin mencecah 40 orang.
Syarat-syarat seorang pencatat pula ialah:

a. Lelaki Islam yang bersifat adil dan merdeka. Syarat ini perlu supaya tidak timbul pengkhianatan dan catatannya boleh dipercayai. Ini kerana hakim mungkin terlupa atau terlalu sibuk untuk meneliti catatan tersebut.
b. Mengetahui cara menulis minit perbicaraan iaitu catatan yang mencatatkan keterangan sepanjang perbicaraan Juga mengetahui cara menulis rekod iaitu catatan yang mencatatkan keputusan hakim dan pelaksanaan hukuman sebagai tambahan kepada minit perbicaraan tadi.

Selain daripada dua syarat di atas, seorang pencatat juga perlu mempunyai sifat-sifat tambahan iaitu:
a. Berilmu supaya tidak timbul kesilapan akibat kejahilannya.
b. Bijak supaya tidak mudah ditipu atau diperdaya
c. Mampu menulis dengan baik supaya tulisannya tidak mengelirukan. Menurut Ali r.a.: “Tulisan yang baik akan membantu menjelaskan kebenaran”.
d. Boleh mengira kerana kebolehan ini diperlukan dalam kes pembahagian pusaka dan wasiat.
e. Fasih dan boleh memahami bahasa kedua-dua pihak yang bertelagah.
PENTERJEMAH

Adakalanya di dalam sesebuah perbicaraan terdapat bangsa-bangsa, suku-suku yang berlainan apatah lagi jika perbicaraan tersebut dijalankan terhadap seorang warga asing yang bukan berasal dari kawasan atau negara tersebut. Pastinya akan berlaku masalah komunikasi dari segi aspek bahasa kerana hakim dan orang yang terlibat di dalam perbicaraan itu bukan dari suku, bangsa atau negara yang sama.
Oleh yang demikian hakim juga disunatkan untuk melantik seorang penterjemah supaya beliau boleh penterjemah perkataan sewaktu sesi perbicaraan tersebut berjalan.
Menurut Kharijah bin Zaid bin Tsabit berkata: Daripada Zaid bin Thabit katanya;
Nabi S.A.W. memerintahkan saya supaya mempelajari tulisan Yahudi supaya saya boleh menulis surat-surat baginda kepada mereka dan saya boleh membaca surat-surat mereka kepada baginda.
Abu Jamrah berkata: saya telah menjadi penterjemah antara Ibnu Abbas r.a. dan orang lain”.
Syarat untuk menjadi seorang penterjemah pula ialah:
a.Islam
b.Merdeka
c. Bersifat adil supaya terjemahannya boleh dipercayai
PEGAWAI SIDANG
a.Islam
b.Merdeka
c. Bersifat adil supaya terjemahannya boleh dipercayai
PEGAWAI SIDANG
Pegawai sidang pula ialah merupakan orang yang mengatur orang yang bertelagah dan menjemput mereka. Ia juga disebutkan sebagai naqib. Oleh kerana bantuan pegawai sidang diperlukan maka hakim dibenarkan untuk melantik mereka.
RUJUKAN
Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. 2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 8 (terjemahan). Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Haji Mohd. Saleh Haji Ahmad. 2005. Risalah Ahkam. Petaling Jaya. Intel Multimedia And Publication
Tiada ulasan:
Catat Ulasan